Waktu sekarang

Tarikh :

Wednesday, March 13, 2013

Renungan Sepintas lalu




   


  Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal ujud, Kholikul Alam dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, jadikan lah panduan serta garis panduan dan Iktibar bilamana jika ia nya Relevent pada anda kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Menkaji, Belajar dan Mempelajari.

Sila rujuk kepada Guru-guru yang Mursyik bagi mendapat kepastian.

   Mengenai Masyur, terkenal, Glamour, Gelaran, berpangkat serta Kehebatan pula.
Jika ditanya, mungkin benar apa yang dikatakan, jika tidak terkenal macamana orang nak tahu, tiada pangkat mana nak mulia, sebab itu kita semua mengejar nya....tetapi perlu ingat, kesemua itu bukan jaminan kita hebat dan Glamour di akhirat nanti, di Alam kekal. Jika anda tahu nyanyian Nasyid Orkes Al Suraya dari Medan, yaitu lagu "Selimut Putih", di antara senikata nya adalah :"Jangan Mahu di sanjung sanjungan, kau di Gelar Manusia Angkuh. Sadar lah diri, tahu di untung sebelum keranda anda di usung
Tiada lagi guna nya harta, kawan karib, sanak saudara. Jikalau ada, AMAL di dunia, itu lah saja pembela kita". Ini lah pengingat kita, bukan lagu Rock dan sebagainya, itu mengalpakan kita.
Hidup di Dunia hanya tumpangan atau sementara dan sebagai pentas sendiwara sahaja dan semua nya hanya pinjaman belaka bukan hak kita, sebab itu bila kita kembali ke Rahmatullaah semua nya tinggal kerana bukan haq kita. Unsur di pulangkan kembali ke unsur, Roh kembali pada Alam Roh.  


Alam Akhirat adalah Alam Kekal. Jaminan Kebahagian di Alam Kekal adalah pada Amalan, ingat lah, Amalan kita di dunia, kita kena semak lah apa itu dikatakan AMALAN tadi. Ianya bukan lah banyak buat pahala, banyak buat kebajikan, bukan kuat buat ibadah, banyak mengaji atau banyak buat sedekah, tetapi banyak AMALAN. Zikirul laah adalah Amalan yang di maksud kan.
   Nabi Allah Yusuf A.S bukan lah lawa, Tampan dan Cantik sebenarnya jika anda tahu cerita nya, baginda sebenar nya tak lawa. Tampan dan cantik kerana itu beliau di buang dan di tinggalkan dalam hutan dan di campak kedalam perigi sewaktu baginda kecil. Yang membuat baginda jadi lawa, Tampan adalah Amalan zikir. Jadi Zikir lah segala nya (Zikir : Allah. Allah, Allah, Muhamad, Muhammad, Muhammad), nak hantar sedekah pada Arwah pakai zikir (Zikir Taubah), simpanan kita ke Akhirat esuk juga pakai zikir yang di simpan (Antal Wahab). Jadi kena belajar dan ambil tahu juga bagaimana nak berzikir ni. Maka sebab itu kita kena berguru pada yang Mursyik yaitu Guru yang tahu dan kenal siapa dia Allah SWT yang sebenar nya (Awal mengenal Aku, Kenali lah diri mu serata rata nya baharu kenal Aku dengan NYATA), yang tahu di mana nak simpan zikir ini serta cara bagaimana nak lakukan zikir berbillion billion dalam sesaat, mustahil ke, tidak ada yang mustahil jika anda tahu....cuba lah kita sama sama hayati....

Kehebatan mempunyai Ilmu ilmu Shakti atau Ilmu kekuatan serta kehebatan itu dan ini adalah hamba ilmu sebenar nya, Di sebut Sheh rul Mubiin (Sihir yang Nyata). Raja Ilmu adalah Sofi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi (Bakabilah), Lima dari sembilan tahap, dimana empat nya adalah Zat, Sifat, Isma dan If'il (Fikli). Ini lah ilmu kehebatan di Dunia dan di akhirat,  Ilmu Allah SWT yang sebenar benar nya kerana kerahsiaan nya ada di dalam ke sembilan tahapan ini Berserta Hayyan, Aliman, Basiran, Samiian, Qudiran, Muridan dan Qalam - (Sifat Makni Allah SWT).
Ramai yang ingin dapat peringkat wali tetapi, untuk mendapatkan peringkat Keromah (Kemuliaan Allah SWT) pun belum tentu sampai, jika lepas pun peringkat keromah itu anda hanya sampai ke tahap wali empat sahaja kerana untuk mencapai ke tahap wali sembilan anda perlukan lima tahap yang di perkatakan tadi serta tahu Tujuh Makni Allah SWT baru anda mencapai tahap wali sembilan dan  setelah anda capai ke tahap sembilan ini serta tahu kerahsiaan sifat Makni Allah SWT dan juga tahu Qadim ketuhanan serta Qadim Muhammad, anda akan di martabatkan sebagai ketua segala wali yaitu Wali Qutub oleh Allah SWT dengan Pra Syarat tertentu, serta pringkat terakhir anda adalah Bakabillah dengan Allah SWT ini pun jika anda mendapat kurnia dan anugerah daripada nya. Anda akan menjadi WASITAH Allah SWT.  Mengapa tak mengejar ini......

Memang benar yang buruk dan baik (Qada' dan Qadar) datang nya dari Allah SWT, tetapi anda di beri AKAL dan FIKIRAN oleh Allah SWT, mengapa anda tak gunakan nya. Nak kaya, nak kuat, nak Ilmu yang sebenar Ilmu nya Allah SWT ada di berikan oleh nya. Maka gunakan lah Fikiran dan Akal     (disini lah terletak nya tahap Martabat anda) untuk mendapatkan nya. Jika keris itu punyai Hikmah dengan Hikmat tertentu atau Batu, Buluh, cincin dan sebagai nya mempunyai kuasa Shakti (Semua itu adalah Hamba Ilmu), siapa yang memberi kan kuasa kuasa itu pada benda benda tersebut?, sudah tentu lah Allah SWT, jadi mengapa tidak menjadi kekasih (Bakabillah) Allah SWT untuk mendapatkan kuasa kuasa yang mutlak kerana Dia lah yang Maha bagi segala gala nya. Mengapa mesti gunakan serana serana yang Allah SWT berikan kuasa, megapa kita muliakan dan agung kan benda benda itu, mengapa tak muliakan Allah SWT. ingat, Iblis sentiasa menunggu peluang untuk bertapak dan menguasai. Cuma mengatakan atau niat Keris atau benda benda lain itu ada keshaktian nya, kita telah membelakangi ALLAH SUBHA NA WA TA'ALA.
Sememang nya betul dan benar bahawa yang Bathil dan Yang Haq datang nya dari Allah SWT, tetapi kebijaksanaan kita boleh membezakan nya dan menyelesaikan masalah ini dengan mengetahui siapa yang  sebenar punyai kuasa Mutlak sebenar nya, di sini kita kena bijaksana dan bijaklaksana. Tiada yang akan bergerak melainkan di gerak kan oleh HU Allah SWT. Tiada yang di punyai melainkan kepunyaan Allah SWT semata mata. Pernah kah anda bersyukur, (Syukran innallah, Allah Hu Akbar)...kenapa mesti punyai Hikmah selain dari Hikmah yang diberikan oleh Allah SWT sendiri pada kita.
Menggunakan petikan ayat ayat dari Al Quran, kitab kitab lain, menggunakan serana serana dan sebagai nya sebagai topeng pengiklanan bagi menarik perhatian serta keyakinan kepada sesuatu produk oleh Orang bijak tertentu yang telah masyur atau Glamour atas tiket nama Islamik (Produk Islam). Bukan kah ini membelakangkan (Bermurafakah) kepada Zat Wajibal Ujud, Qolikul Alam serta memesongkan akidah kita mengatakan sarana ini yang membantu bukan Allah SWT. Apa ada pada Kismis dan Coklat Minda katanya, sedangkan "Allah humaf tah Alai na hik matakawan sur Alaina min haza hini rah mati kaya har hama ro himin" boleh di baca pada setiap sesi permualaan klass atau setiap kali membaca Al Qur'an serta setiap hari, tidak yakin kah ayat minta cerdik dan dapatkan hikmah Allah SWT ini. Kismis dan Coklat ini memang telah sedia ada hikmah nya jika di makan mengikut sukatan kerana kedua nya sememangnya peransang Minda tanpa perlu di doa pun, ini lah salah satu kuasa Allah SWT menjadikan sesuatu perkara atau benda memang mempunyai hikmat tertentu. Mengapa di permainkan serta memperolokkan semata mata untuk keuntungan peribadi dan serba sedikit telah memesongkan akidah kita kerana percaya benda dari kuasa Allah SWT itu sendiri, bukan kah ini Bermurafakah nama nya.
Mengapa mesti membelakangkan Allah SWT, percaya pada benda yang dibaca dengan ayat suci kata nya, air yang di baca zikir dan ayat ayat sifa kata nya, wafak, tangkal dan lain lain selain dari kuasa Allah SWT itu sendiri. Insan atau Orang itu belum tentu makbul doa nya dan amalannya sendiri belum tentu di terima oleh Allah SWT, mereka cuma percaya pada perbuatan itu, hanya percaya pada ayat ayat itu kerana terbaca atau di beritahu mengenai kehebatan ayat tersebut, tetapi kita kena tahu juga bahawa semua ayat suci ada malaikat penjaga nya, di sini lah Iblis akan memain kan peranan dengan sebebas nya kerana kita telah membelakangkan kuasa Mutlak yakni kuasa kepunyaan Allah SWT sebenar nya.

Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memerintah Para Malaikat penjaga ayat atau zikir ini bertugas, Ustaz, Tok Guru atau sesiapa sahaja yang bukan pemegang Wasitah Allah SWT (Hanya Para Rasul dan Nabi, Syuhadah, Solihin, Para Ambia, para wali wali serta Para Wali Qutub dan ketua para Malaikat sahaja yang mendapat Wasitah ini). Selain dari itu sesiapa pun tak layak memerintah Para malaikat penjaga ayat ayat itu menjalankan tugasan mereka, jadi macamana Artis, Motivator, Haji, bekas Atlit, pendakwah, Tok Guru atau Ustaz boleh?, musykil juga. 
Maka kuasa Iblis pula akan berada di situ (Pada Ayat ayat itu) kerana ini lah peluang besar para iblis ini masuk kan jarum kesesatan. Allah SWT tidak melarang Iblis dan Syaitan memasukkan jarum kesesatan mereka sebab telah di benarkan sewaktu permintaan para iblis dan syaitan untuk menyesatkan anak Adam sebelum kiamat, semasa mereka di laknat. Kebenaran menyesatkan anak Adam yang ingkar dan membelakagkan Allah SWT sahaja akan masuk kejerat para iblis dan syaitan ini. Jangan Salahkan Iblis atau Syaitan itu pula kerana perbuatan mereka juga amanah dari Allah SWT, salahkan diri sendiri kerana Buta, Tuli dan Bodoh tak mahu mengkaji dan mempelajari hingga ke puncak ilmu Allah SWT sebab Sombong. Takbur, Riak dan Bongkak dengan keindahan dan alunan kemewahan dunia sahaja serta juga yang paling Utama suka mempunyai sesuatu yang sebenar nya bukan Haq milik kita. Kan semua nya hak milik Allah SWT. Jika Isteri anda hak milik anda mengapa Allah SWT mengambil nya kembali ke Ramatullaah begitu juga anak anda, mengapa di beri pada Suami nya dan kemewahan serta harta benda milik anda mengapa sewaktu kembali ke Rahmatullaah anda tak bawa sekali......semak semak lah bersama.

Benar dan Sah mereka pergunakan nama Allah SWT, menggunakan kalimah Allah SWT atau Asma al Husna nya tapi kita kena tahu dan peka bahawa iblis juga menggunakan bahasa yang sama, (lagi pun bahasa mereka juga), memesongkan pandangan kita dengan peralatkan kalimah kalimah serta ayat ayat Al Qur'an Al Qarim. kerana kita buta, tuli dan bodoh sebenar nya. Adakah kita kenal siapa dia Allah SWT sebenar nya atau cuma setakat percaya dan yakin ujud nya Allah SWT sahaja, cuma kita yakin adanya Allah SWT itu tetapi tak pernah mahu kenal pasti siapa kah Allah SWT itu sebenar nya kerana jika kita tahu siapa dia Zat Wajibal Ujud, Kholikul Alam ini, sudah pasti dunia ini aman dan tenteram tiada perang, pergaduhan dan lain lain yang memusnah kan. Oleh sebab percaya sahaja  dan tidak mengenali, maka iblis pun kehadapan dan memesongkan pandangan kita mengatakan dialah (Iblis) punyai kuasa tersebut. maka terjadilah Tuhan itu sebenar nya satu tetapi ketuhanan itu jadi banyak.
 Bagaimana kita tahu bahawa doa serta permintaan kita sudah sampai kehadrat Allah SWT dan cara bagaimana kita meminta, kerana minta dan mohon adalah dua kalimah yang sangat berbeza, kebanyakan kita hanya berdoa yaitu memohon,  masih mengharapkan yang tak pasti tetapi Allah SWT menyuruh kita minta pada nya - pasti dapat, dua persoalan yang berbeza antara minta dan memohon...maka semak semak lah kerana betul kata kita, masih belum pasti betul kata Allah SWT. Zat Wajibal Ujud, Kholiqul Alam memberi dua kelebihan pada Mahluk nya yang bernama Manusia (Insan) berbeza dari Mahluk selain nya yang dia cipta, kelebihan itu adalah Akal dan Fikiran atau nama sekarang di panggil Minda. Mengapa kita tak gunakan nya. Pernah seorang Guru berkata : " Allah SWT itu suka pada orang yang cerdik dan pintar " (Menggunakan Akal dan Fikiran yang diberi).
     
Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Aku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperolokkan pada (pandangan) mereka pada apa yang mereka telah lakukan.

Merata rata para Ustaz, pendakwah serta para Ulama berkata serta menyatakan bahawa Doa pada Allah SWT adalah senjata pada orang Mukmin tetapi masih percaya pada benda benda dan serana serta pada pendamping pendamping. Adakah anda tidak Haq Qul Yaqin pada firman nya yang bermaksud, "Minta pada ku, akan ku perkenankan pintaan mu" - Surah Al-Mukmin ayat 60......

   Seperkara lagi.....Jika Allah SWT memberi anda dua pilihan.:
Pilihan A) - Jika kamu buat salah, kamu akan mendapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu dapat Pahala.

atau

Pilihan B) - Jika kamu buat salah, kamu tak dapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu tak dapat Pahala.
yang mana satu pilihan anda, A atau   B...cuba semak-semak kan.

"Ambil lah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat / Amal Jariah) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari yang buruk".- Surah At-Taubah, ayat 103



Sunday, August 19, 2012

Sama tapi tak serupa


"Ada tiga Jenis Manusia dalam Dunia ini:
•Manusia yang BUAT PERKARA MENJADI.....
•Manusia yang MELIHAT PERKARA TERJADI...
•dan Manusia yang berkata apa TERJADI?"


Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.


Saya suka beritahu supaya kita semua sebagai mengaku penganut Agama Islam sentiasa berzikirul laah dan berkalimah Syahadah agar sentiasa berada dalam keislaman, keberkatan dan rahmat nya, Insa Allah. 

Kalimah Syahadah adalah passport atau Identity mengatakan kita adalah golongan penganut Agama Islam. Kalimah Syahadah juga ada lah tanda nya kita penganut Islam. Sesiapa pun yang memeluk ke Agama Islam wajib berkalimah Syahadah, jika kita sentiasa berkalimah Syahadah bermakna kita adalah sentiasa dalam Islam, tetapi berapa kali kah kita berkalimah syahadah dalam sehari.....saya rasa cuma lima kali sahaja di waktu beribadah Solat, mandi junub tak akan dan sewaktu berakad nikah sahaja kita di suruh berkalimah syahadah. Itu pun di suruh.

    Satu peristiwa yang saya sendiri dengar dan berada di situ adalah sewaktu mewalikan pernikahan anak saya di Mesjid Sultan Mizan di Putrajaya dimana juru nikah menyuruh dua saksi berkalimah syahadah sebelum menjadi saksi kepada upacara akad nikah tersebut. Kata nya kita mungkin tidak berada dalam Islam sebelum ini. Jadi persoalan nya, kita tidak berada di dalam Islam selagi kita tak berkalimah syahadah, macamana nak kita kekalkan kalimah ini....Orang Tarikat tahu cara nya, jika anda orang tarikat anda pasti tahu cara nya cuma di tukar Zikirul laah kepada kalimah Syahadah. jika anda bukan orang tarikat maka anda boleh juga belajar dengan cara moden dengan menggunakan kaedah Hipnosadiri. Nampak mudah, tapi sebenar nya berat....Renungkan lah, Saya cuma boleh beri tip sahaja dimana anda sendiri Renungkan sedalam dalam nya dan cari lah Mursyik yang boleh menerangkan nya secara lebih mendalam. Cuba anda renungkan mengapa Kalimah tersebut ada dua kalimah dan di manakah dalam kalimah ini mengatakan bahawa anda di suruh menyembah dan di kalimah kedua ada terbukti pengakuan anda sebagai.....Renungkan lah. 

Kedua, bahawa dengan shaih nya Allah swt berfirman yang bermaksud : "Jika engkau mengingati aku, nescaya aku mengingati mu ". dan " Ingatilah aku setiap detik, saat dan Waktu". Ini erti sebenar nya Solah,  Maka jangan hairan lah jika doa kita tak terkabul....maaf, saya cuma beri renungan sahaja....apakah ertikata sebenar nya firman tersebut...adakah anda sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta? Adakah anda sentiasa berada dan selalu bersama nya? Ingat perumpaman orang tua tua :
Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka dia menyayangi mu.Bila Allah Lambat makbulkan Doa mu, Maka Dia ingin Menguji MU.
Bila Allah tidak makbulkan Doa mu, Maka dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk Mu.
Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Nya...



Renungkan lah dan amati lah kata kata di atas, agar kita menempuh dengan benar ke jalan perjuangan menegak kan amat Allah swt. Amin!

Jaga mulut dan hati adalah gerbang ke arah kebenaran dan kemenangan kita dalam syariat Islam dan sentiasa mengingati nya dalam apa juga urusan, secara peribadi dan jangan bermurafakah dengan nya. Insa allah kita berada di jalan kebenaran, kemenangan dan sentiasa berada dalam jagaan nya... Insa Allah, Bersabib dengan firman nya bermaksud ; " Aku beri kamu akal dan fikiran, mengapa tidak kamu gunakan"......
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.  -- [Al-An'am 6:43]

Benar Firman nya seperti di atas ini, kita ingatkan kita berada di jalan yang benar dengan bacaan ayat dari Al-Quran, lakukan sembahyang tapi bertujuan....maaf, jika saya bertanya, mengapa anda sembahyang, jika anda sembahyang sama lah seperti agama lain...menyembah. Sepatut nya kita beribadah Solat. Kita beribadat sebenarnya, bukan menyembah. Cuba renungkan alih bahasa dari Arab ke bahasa Melayu..."As Hadu alla il laa ha il lal laah". Apa terjemahan nya yang sebenar. Adakah- Aku naik saksi bahawa tiada yang ku sembah melain Allah atau - Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah...dimana perkataan menyembah atau sembah dalam AS HADU ALLA IL LA HA IL LAL LAAH. Maka sama lah kita renungkan....


Saya juga suka ingatkan bahawa Ketua Iblis dan Syaitan adalah Malaikat, masih ber-title-kan Malaikat. Ya itu malaikat Azazil. Iblis dan Syaitan ini juga di jadikan Yang maha Berkuasa Pemerintah seluruh alam, Mereka juga di berikan amanah oleh Yang Maha Esa, dan mereka menjalankan amanah itu supaya insan bernama Manusia tahu akan ketinggian darjat mereka. Jika mereka tidak ada, maka kita tak tahu di manakah darjat kita.....jika kita tidak menurut ajakan serta ikut kata mereka, maka kita berada di jalan kemenangan dan Darjat kita tinggi. Jika kita turut ajakan mereka maka kita ke pihak yang bathil, maka kita kalah dan Darjat kita Rendah di pandangan Allah SWT. Jadi bagaimana ni....

Ingat !!!, ayat, cara bacaan, penampilan dan perbuatan sama sahaja di antara yang bathil dan yang benar, kita kena gunakan Akal dan Fikiran serta Kebijaksanaan kita meneliti yang mana benar dan bathil, cuba lihat kembali kepada firman nya di atas tadi "Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.."Cuba Renungkan... sejenak....  Kalah nya mereka adalah dengan Akal dan Fikiran kita sahaja......kerana  mereka tak boleh baca akal, Fikiran serta Naluri kita, sebab itu sesiapa yang tahu sentiasa akan berkata "IKUT NALURI KAMU......Bergitu juga dengan Allah SWT yang telah menyuruh kita berniat dalam segala Hal, kerana setelah dilaknatkan Syaitan dan Iblis ini maka Firmana Allah SWT bermaksud " Segala ibadah pada ku hendak lah di mulakan dengan NIAT ". Maka Niat itu erti nya berkata kata dalam hati, sebut dalam hati, maka Iblis, Syaitan dan Jin tak tahu apa yang kita lakukan....Jadi jika berdoa tu doa sahaja dalam hati, Allah Maha Mendengar....

Jika kita lihat pada program Mistik di kaca TV, dimana ahli pengubatan atau paranormal menyembuhkan mangsa rasukan Iblis konon nya dan mereka tahu hantu atau polong dan sebagai nya berada di dalam anggota mangsa. Mereka tahu Jin apa yang ada dalam tubuh mangsa...saya hairan juga. Setahu saya jika saya tak kenal anda, macamana saya tahu rupa anda....Bukan nak kutuk atau perbuatan itu salah tapi musykil juga. Mereka boleh berkumunikasi dengan Jin ini dan lebih hairan boleh mengislamkan Jin ini kerana setahu saya mereka tak sujud pada Nabi Adam dan pada zaman Nabi Musa pun mereka masih angkuh tidak mahu sujud ketika mereka meminta pada Nabi Musa supaya tanya pada Tuhan adakah jika mereka taubat akan di terima Allah SWT. Maka syarat terima Taubat adalah sujud di makam Nabi Adam A.S, Mereka dengan angkuh berkarta " sedang sewaktu hidup nya kami tak sujud inikan dah Wafat.....Angkuh kan, jadi macamana Ahli Paranormal itu boleh mengislamkan para Jin dan syaitan serta Iblis ini....dan mereka terpaksa bersilat untuk mengekuarkan rasukan pada mangsa tadi...memekik dan sebagai nya....cuba renungkan.....

Seperti saya kata tadi, cara, gaya, bacaan ayat dari Al-Quran serta perbuatan adalah sama, saling iras dan persis sama, cuma yang bijaksana sahaja tahu yang mana bathil dan yang mana benar. Maka gunakan akal dan fikiran seperti firman yang bermaksud " aku beri kamu Akal dan Fikiran, mengapa tidak kamu gunakan". Jadi kita kena tahu erti dan faham sedalam nya baru dapat membezakan kan nya.....Ingat Tuhan kita Tuhan mereka juga, jadi jangan terpengaruh, Renungkan ini, SAMA TAPI TAK SERUPA.....Syaidina Ali R.A pun pernah di tipu oleh Iblis ketika hendak membuat Ibadah Solat Jumaat, jika anda tahu ceritanya, Beliau di tipu dua kali jumaat oleh Iblis ketika berjalan mahu beribah solat Jumaat ke Masjid.... se orang Khalifah pun boleh di alih pandangan, apa lagi kita.....


Saya ingin berkongsi untuk menerangkan Bab Rawatan Cara Islam yang sangat masyur dan bertumbuh cambah merata di Neagara kita ini….Semua nya berlandaskan Al-Quran, bacaan, berdasarkan syariat Islam, dengan kalimah dan sebagai nya. Tapi kita juga perlu awas dengan tipu daya iblis, mereka juga sama..tahu membaca ayat ayat al-quran dan sebagai nya…untuk melawan dan menyesatkan anak cucu Adam seperti permintaan mereka pada Allah SWT sewaktu di laknati kerana enggan sujud pada Nabi Adam A.S. ....Cara mereka sama tapi tak serupa. Jangan lalu bawah ampaian lah, kena puasa, kena pakai tangkal, kena pakai wafak dan sebagai nya pada hal pada Zat Wajibal wujud, Kholiqul Alam tidak ada pantang.. Cuma pantang nya kalau bermufakah pada nya yakni membelakangi nya dan tidak mengingati nya. sebab kita bermurafakah dan tidak mengingati nya lah maka kita di timpa berbagai masalah dan penyakit.
Dalam pengajian saya serta Research saya selama ini, berpendapat bahawa cara pendekatan Iblis ini sama dengan amalan syariat, maksud nya dari segi bacaan, ayat dan sebagai nya….Jika dahulu kumpulan Al-Akram menyatakan bersanding itu haram…mungkin masuk akal kerana memperagakan mempelai kepada umum yang bukan mukhrim. Tapi dari segi pandangan kejadian pula, Adam dan Hawa bila bertemu pun bersanding di atas batu dimana pada akhir Haji semua mengadap ke Meqod atau ke batu Besar, bukan ke Kabbah…sebab apa ya…di sini sahaja berbagai pendapat timbul. Cerita nya, di batu itu lah pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa, mereka bersanding kan, erti nya duduk berdekatan….dan pada simbolik nya pula, pada akhir Haji semua duduk dan mengadap ke batu tu, bererti anak cucu nya menyaksikan persandingan Adam dan Hawa. Jadi pada simbolik persandingan mempelai sekarang adalah untuk memberitahu bahawa mereka dah jadi Suami Isteri di saksikan semua yang hadir selain dua saksi Nikah sebelum ini. Di Peringkat ini sahaja dan banyak timbul perbahasan….sama dengan beristeri empat, di BOLEH kan Lelaki Islam kawin sampai empat orang, tapi banyak pulak yang membangkang…Sedangkan di BOLEH kan pada syariat islam terdahulu, sekarang bangkang, kena persetujuan Isteri pertama terlebih dahulu. Nikah di Negara lain tak sah dan kena denda walau pun dah jadi suami isteri.…Hak lelaki sebagai Ketua tergugat…Tak Boleh ceraikan isteri, kalau nak cerai kena di hadapan kadi bukan Tuhan, bukan kah itu bermurafakah pada Tuhan, yakni membelakang kan Tuhan?...Zat  wajibal wujud Kho li qul alam suruh lakukan begini, tapi di buat begitu…. Lelaki pemerintah, tapi sekarang wanita nak sama darjat. Kalau gitu kenapa masa berjamaah tak di sama kan sesaf sahaja mengapa wanita di belakang, walau pun di belakang anak lelaki nya sendiri, walhal dia ibu….dah ternyata tapi masih berkata….
Begitu juga Nabi SAW bersabda, Perbanyakan umat ku, Perancang keluarga pulak di gembar gemburkan…Tak percaya setiap yang lahir ada rezki nya....Isteri boleh minta cerai.dan banyak lagi, zaman Nenek Moyang kita dulu kalau seorang wanita itu janda mati laki, maka dia janda dan dalam nisab, ya itu janda yang berhak menerima zakat, Fitrah dan bantuan tetapi wajib pula dipercepatkan bernikah kembali...gara-gara fitnah nanti…tapi jika wanita itu jadi janda kerana minta cerai dan di ceraikan, dia akan berasa malu, sebab dia tahu dia yang bersalah di sisi Tuhan wajibal wujud kerana telah ingkar dalam perjanjian sewaktu bernikah dahulu ya itu sama senang sama susah, dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu sebab nya para wanita dahulu taat, akur seperti yang di bacakan di khubah nikah dan sebelum nikah, jurunikah akan bertanyakan pada pengantin perempuan dan pengantin perempuan turun tandatangan tanda setuju, itu kan ikrar atau sumpah….kalau kena cerai dek laki mereka akan teramat malu dek sebab gagal jadi seorang isteri…tapi sekarang makin janda makin glamour lak…dan di gelar ibu tunggal sekarang ini mengelak status dengan panggilan janda kot…
Nak nikah WAJIB ambil kursus dulu kalau tak ada sijil kursus, tak boleh nikah, maka rukun nikah di tambah satu dari asal nya. Di suruh Sembahyang bukan Solat, erti sembah adalah menyembah sesuatu atau menghormati orang…Solat adalah beribadah, firman Kholiqul Alam bermaksud- " Berbadah lah pada ku ". bukan sembah.. di azan subuh pun berlaung AS SOLATUL KHAIRUN ….tak ada AS SEMBAHYANG TU pun….mengenai aurat wanita pula di nasihat tutup aurat dan Alhamdullillaah ramai dah berubah tapi seperkara…..Semua nya Aurat bagi Wanita KECUALI muka dan tapak tanggan sahaja bukan Aurat bagi wanita dan bagi lelaki pula Bawah Lutut dan atas pusat adalah Aurat lelaki. Di T.V , DJ wanita, Juruhebah wanita, Pengacara Wanita, dan Ustazah boleh menggunakan Suara mereka, perdebatan Uztazah pilihan dan Imam Muda…sampai keluar urat ustazah tu berbahas, Selebriti terkenal pakai tudung tersiar satu Dunia di You Tube,(Jangan Sombong. Riak, Takbur dan Bongkak) dan jika wanita memperlihtkan aurat nya, seolah dia berbogel…bukan kah SUARA Wanita itu Aurat ???...
Mengenai BISMILLAH dan Sembayang juga…Apa erti BISMILLAH HIR RAH MAN NIR RAHIM dan SEMBAH YANG atau SOLAH / SOLAT di pengertian yang sebenar….Perubatan mengikut syariat Islam dan sebagai nya…Cuba kita sama sama renungi….Sama tapi tak serupa….Dari Bahasa Arab dalam terjemahan ke bahasa Melayu dipakai sekarang adalah : Tiada Tuhan yang hak di sembah melainkan Allah atau terjemahan nya berbunyi: Tiada Tuhan melainkan Allah. .....agak nya mana yang betul ....ini di katakan Sama tapi tak serupa.....
Maka itu Orang tua-tua dulu kata pergi mengaji bukan pergi baca.....mari kita renung sebentar...
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.  -- [Al-An'am 6:43]

Monday, October 11, 2010

Sekadar Renungan Sahaja




Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka dia menyayangi mu.

Bila Allah Lambat makbulkan Doa mu, Maka Dia ingin Menguji MU.

Bila Allah tidak makbulkan Doa mu, Maka dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk Mu.

Oleh itu, sentiasa lah bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan...kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Nya...

Renung-runungkan lah...

NUKILAN ini hanya sekadar memberi Renungan dari pendapat saya sendiri dan dari nasihat para guru dari pengalaman selama penimbaan Ilmu dalam masa yang agak lama, selama hampir 28 tahun dalam bidang Mistik, Metafizik dan Minda (Neuro). Jadi ianya bukan untuk cabar mencabar atau minta berbahas mengenai nya, cuma untuk renungan bersama, jika ianya tak masuk akal atau tidak releven, maka lupakan sahaja dan jika ianya memberi pengajaran, maka buat lah tauladan dan panduan. Dari ketiga ketogari Ilmuan yang pernah saya tuntuti selama sekian lama, semua nya sependapat walaupun ianya di alirkan dalam bentuk tajuk yang berlainan. Salah satu yang utama nya adalah SUMPAH BERGURU. Ia itu, : JANGAN LAWAN IBU BAPA GURU dan RAJA. Dari ajaran yang saya terima dan juga dari logik nya pemikiran saya, makna nya serta maksud nya amat jelas....Keempat perkara itu jika di fikirkan adalah mengarah ke satu maksud: IBU, BAPA, GURU dan RAJA adalah GURU kita yang sebenar nya, pada . Sumpah ini juga adalah POSITIF atau memberi TENAGA POSITIF, dimana apa yang IBU kita katakan adalah POSITIF kepada kita, tujuan kebaikan, nasihat dan kata nya adalah panduan yang benar untuk kebaikan kita juga, jika di fikir serta di renungkan betul-betul pasti ada kebenaran nya. Tetapi...sifat manusia adalah berlawanan. Dia pasti membantah dalam hati walaupun apa yang di suruh dia buat, cuma mahu ambil hati, tak iklas...buat kerana hanya ingin dilihat seperti tak melawan atau tak mahu title DERHAKA sahaja...iklas tak ada...ada juga yang buat kerana 'ada udang sebalik batu....' biasa lah..ini tidak hairan kerana manusia selalu nya ikut nafsu...Cuba kita lawan ajaran Ibu kita, dia ajar kita berjalan kehadapan, kita lawan, kita jalan undur...bagaimana?, Orang cina di ajar oleh ibu mereka menggunakan Kayu CHOPSTICK, suruh mereka makan dengan tangan...bagaimana?...renungkan lah...


Begitu juga dengan menuntut ilmu...sesaorang yang menuntut sesuatu ilmu dari seorang guru akan mengikut kata guru nya, maka apa yang di buat akan mustajab kerana pada ketika itu dia tidak melawan kata guru nya. Itu yang dikata MAKBUL KATA GURU, MUSTAJAB PADA DIRI KU.....Guru dah makbul, dimana apa yang dia lakukan dah terjadi, jadi kita sebagai murid nya pasti mustajab jika MENGIKUT KATA GURU...Apa yang saya ingin perkatakan di sini...jika mahu belajar, cari lah guru yang berjalur, erti nya, guru tersebut mempunyai Guru nya dan gurunya mempunyai guru di atas nya hingga beberapa keturunan. BUKAN guru yang dapat ilmu dari membaca buku atau yang mendengar secara teori sahaja...kemuddian mula mengajar....pengijazahan adalah penting, seorang guru memberi ijazah pada anak murid nya...ertikata secara batin adalah...guru itu telah menerima kita masuk ke TOMBOL nya atau jalur nya...maka sekelian guru di atas nya mengenali kita sebagai jalur nya maka itu dinamakan RIJALUR GHAIB...DISINI sahaja ramai antara kita mula mempertikaikan maksud yang dinamakan RIJALUR GHAIB ini. Biar saya terangkan secara dasar mengenai RIJALUR GHAIB ini....Penerangan ini tak semesti nya benar atau betul, ini adalah pendapat saya dan pendapat Guru saya yang ada kebenaran nya pada pemikiran saya. Bak kata orang, Lain orang lain pendapat nya. Pada murid saya, saya tidak buat pengisian, tetapi pembukaan, maka di sini ada perbezaan nya antara pengisian dan pembukaan. Pengisian selalu nya di bentang sebagai pemasukan sesuatu, bagi pembukaan pula adalah membuka pintu jalur atau jalur tenaga dan akan di ekses mengikut jalur tenaga murni tertentu. Jadi kita arif dengan erti Pengisian dan pembukaan ini. Jika di buat pengisian, orang yang arif akan senang nampak pengisiaan tersebut, tetapi pembukaan pasti tidak nampak isi nya....maka sumpah luar nya adalah, Jangan takbur, riak, sombong dan bongkak. setengah murid sering bertanya kepada saya, mengapa orang yang handal atau yang arif tidak tahu dan nampak bahawa mereka ini ada ilmu....jadi jawapan saya pada mereka...nak tunjuk kepada siapa yang kita ni ada ilmu dan sebagai nya, bukan kah itu kita nak tunjuk riak dan sebagai nya? , saya syorkan supaya buat renungan sebentar...


Secara am nya boleh di pecahkan seperti berikut: Kita yang hidup ini ZAHIR, erti nya Ujud atau nampak fizikal nya. Maka kita belajar pada yang zahir iaitu guru zahir, guru akan mengajar kita cara yang zahir seperti ritual tertentu, ayat tertentu atau cara tertentu...diatas guru mesti ada guru yang sudah kembali ke Rahmatullah....guru-guru ini lah yang dinamakan GURU RIJALUR GHAIB....sudah tiada pada penglihatan zahir, yang sudah meninggal...Apabila Guru Zahir mengijazahkan sesuatu ilmu kepada kita, maka ia memperkenalkan kita kepada jalur nya...serta secara otomatik memberi kita User ID dan Password untuk mengekses kepada keilmuan yang kita pelajari dari dia, kita pun menggunakan apa yang di ajarkan dan pasti jadi atau makbul kerana kita menggunakan user ID dan Pasword yang betul, Dari segi batin, maka para guru Rijaul ghaib pun datang menolong mengajar secara ghaib. ..seperti mana jika kita mengikut sunnah dan ajaran Rasullullah, maka kita dapat hidayah dan manafaat nya....Jadi dari guru kita dapatkan yang Positif...maka tenaga positif akan menyelubungi kita..maka itu apa yang guru boleh buat maka kita pun boleh lakukan....Juga Guru Ibarat pemancar atau Antena...lagi dekat dengan pemancar, lagi jelas penerimaan nya, kalau makin jauh....kurang sangat lah penerimaan nya....renungi lah seketika.....


UJIAN

Dalam mempelajari apa - apa ilmu seakali pun, walau pun ilmu akedemik mahupun ilmu Tradisi dan kebatinan adalah sama konsep nya...Mesti melalui ujian tertentu atau peperiksaan...kadangkala ujian nya kita tempohi dengan mudah (Jika kata guru kita ikut) dan adakala nya lama dan sangat menyusahkan (Dek sebab terlalu detail kita memikirkan atau unsur tidak percaya timbul dalam hati terhadap ajaran guru tadi atau berada jauh dari Guru)...PASTI ada ujian...sewaktu kita sekolah pun, mesti kita tempuhi ujian baru dapat sijil, di penuntutan ilmu, biasa nya tempoh matang ilmu adalah sampai tiga tahun sama seperti di universiti, maka dalam tempuh tersebut kita PASTI menempuh ujian demi ujian. Contoh nya kita kena deman panas...diujian ini lah baru kita tahu macamana rasa nya deman panas itu dan dari orang tertentu yang datang mengubati kita ketika itu, rasakan dan cara pengubatan pun akan diajar kepada kita melalui ghaib atau melalui naluri dan mungkin dari pengubat ketika itu, atau kita dapat ilham bagaimana kita boleh mengatasi nya atau dari petujuk orang lain. Tetapi........Biasa nya kita akan mengeluh dan berpresapsi macam macam...kita melawan dalam hati, kenapa lah aku di buat begini, kata dah belajar tapi kena juga dan macam macam lagi andaian...maka ujian kita GAGAL...dan ujian lain pun tiba...kalau nak kaya ...ujian nya mesti kita sampai tak ada duit sesen pun dalam poket atau perniagaan kita merosot, mungkin sampai bankrap dan sebagai nya...baru lah di anugerahkan wang yang banyak jika kita tempuhi saat ujian nya dengan tabah...jika kita mengeluh, memang lah bertambah susah...kerana ujian di lanjutkan sehingga kita benar-benar sabar dan tabah...kata perpatah Inggeris : "NO PAIN NO GAIN"...TAK ADA SUSAH MANA DATANG SENANG.....?????, Sabar dalam ertikata sebenar nya, tidak merunggut, menyalahkan sesiapa, redho...dimasa tempuh ujian ini lah kita diuji pada keyakinan, percaya diri dan sebagai nya. Malang nya, banyak yang menyalahkan guru yang mengajar, mula sikap tidak percaya timbul dan macam - macam lagi...tujuan...untuk menyenangkan hati sendiri, (INGAT!, tiada siapa yang betul melainkan TUHAN)...... (Ikut pengajaran atau pelajaran yang di ajar oleh guru, bukan ikut perangai peribadi nya)....Dia aje yang betul ditambahi lagi dari asutan dari luar....terus membuatkan diri nya makin tebal menyalahi guu nya. Ini sering terjadi kerana kita sering bertanyakan pada tempat yang salah, kita tanya pada rakan seperguruan kita, dia sebenar nya pun tak tahu, kerana dia pun masih dalam belajar...mengapa tak tanya terus pada Guru?, dek iri hati nya pada anda yang mungkin pada pendapat nya Guru lebih mengutama kan atau (double standard) anda dari dia atau melihat anda berjaya dari dia...atau guru lebih menyuruh dia dari anda...maka iblis mula lah main kan jarum nya ....dan anda terjebak dalam usaha nya....

Ini telah terjadi pada saya di mana salah seorng anak murid saya telah di uji. Beliau dengan iklas membantu saya dalam satu perkara dan bila menempuh kehidupan harian nya, dia semakin susah dan menghadapi pelbagai halangan dan Rintangan....maka nafu nya mengatasi kewarasn nya dan mula mengatakan yang sepatut nya ia tak perlu katakan pada saya kerana dia adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan telah banyak menuntut sebelum ini. Pada mula nya dia mengaku saya Guru nya dan tak perduli apa orang lain kata, tetapi...kerana desak atas ujian yang dia lalui dia telah mengatakan saya menipu nya dan sebagai nya yang tak sepatut nya keluar dari fikiran waras nya...mengkeji saya dan suruh saya ukur badan sendiri...Ingat!...ujian ini tidak mengira siapa dan bila waktu sahaja akan di jalani walaupun anda seorang Guru atau Mahaguru sekali pun....ujian tetap anda tempuhi dari masa ke semasa...dan apa yang dilakukan oleh beliau itu sangat menyedihkan hati...maka pendapat saya...patut lah di menghadapi bermacam maslah, dari tempat kerja dan dari keluarga nya, kerana setiap ujian di terima semua nya gagal, maka dia terus menerima sekian macam ujian...dia mengatakan dia betul dan benar, orang dengki kepada dia dan bermacam alasan dia berikan...tetapi setelah saya sendiri di kenakan maka saya tahu bahawa dia akan terus menerima sekian macam ujian lagi seterus nya sehingga bila-bila pun selagi dia sedar bahawa apa yang dia tempuhi ini semua nya dugaan dan ujian...menjatuh kan orang lain bererti anda meminta diri anda sendiri di jatuh kan, maka RENUNGKAN LAH...bersama....

INGAT!...Nagetif sentiasa menunggu untuk masuk menggoda....

Sifat manusia adalah susah menghadapi ujian ini, maka, anasir luar akan mula mengoda, susah lah, ilmu tak betul lah, ajaran sesat lah dan sebagai nya...ajaran mana yang sesat dan betul...kalau dia senang ajaran nya betul kot, jika dia susah dalam menghadapi ujian, ajaran tu sesat kot...maka ujian kita gagal...jika kita ikut godaan anasir nagetif ini?...maka gagal lah kita di persada Positif dan masuk kita ke gulungan Negetif....INGAT!...cara dan kaedah nya dari anasir negatif ini adalah sama, malah yang Nagetif memberi kita lebih lebih power lagi kerana mahu mengoda kita agar mengikut ajaran nya...semua nya merasakan sama... malahan yang Negatif lebih efektif lagi...tujuan nya....agar kita ikut jalur nya..tenaga sahaja dapat membezakan nya. Jika anda seorang yang arif mengenai tenaga, anda dapat merasa perbezaan nya. Ramai yang berpendapat kalau rasa getaran kasar makna nya Tenaga kita kuat dan Kalau rasa halus Tenaga Tak Kuat, sebenar nya...kalau rasa Tenaga atau strom tu kuat, ianya adalah tenaga nagetif dan yang halus tu tenaga Positif......jika sesaorang itu faham dan mengkajinya secara terperinci...ada di ajar dalam ilmu Bima Shakti.


Saya sering sarankan pada student saya supaya SABAR menempuhi ujian-ujian ini, Sabar adalah separuh daripada iman, dengan bersabar sahaja kita sudah lulus, saya pun sendiri tak tahu apa kah bentuk ujian yang akan di terima, sama lah seperti di peperiksaan PMR, guru sekolah itu pun tak tahu apa soalan nya yang akan di soal....

Ilmu Sabar adalah Ilmu segala Ilmu....Ianya bak Gunung Berapi...sekian lama ia bersabar sehingga apabila ia nya meledak...satu daerah atau negeri hancur...begitu lah dengan Ilmu...tampak guru tu macam lemah dan seorang...itu pada zahir nya...tapi pada hakikat yang sebenar nya, ramai di belakang nya...yaitu rijalur ghaib nya.

Lawan guru: Sememang nya anak murid akan lebih bagus dari guru nya, tapi ingat..sebagus dan "sepower" mana pun kita, asal tapak nya dari guru itu juga...kalau dia tak ajar, kita apa pun tak tahu...dan yang selalu amat cuai perbuatan anak murid adalah tidak BERHALUS...ertikata tak minta izin dari guru jika mahu berlajar di tempat lain, mahu buka pusat perubatan atau mahu mengadakan klass sendiri dan sebagai nya. kerana keizinan nya amat penting dari segi prosedur adap kebatinan / spiritual...seperti yang telah saya terangkan di atas tadi..guru itu berjalur...apabila kita membelakangi guru zahir ini bermakna kita membelakangi guru-guru rijalur ghaib atau keluar dari tombol nya...apabila yang positif undur maka yang NAGETIF akan kedepan, kerana sifat nya sentiasa tunggu ruang mahu mengoda kita ke jalan Negatif juga seperti janji nya kepada Tuhan ketika di laknatkan dulu, dengan apa cara sekali pun, ia tetap mahu menyesatkan anak Adam..... Tenaga Nagetif mengambil alih dan cara nya pada permulaan adalah sama dan pada akhir nya...TERPESONG, kita merasakan kita lebih baik dan lebih bagus, tapi tahu tak yang menolong kita tu siapa, sekarang ia menolong, nanti kemuddian hari?.... bila orang tahu yang dia menggunakan Tenaga yang Nagetif maka sang guru juga akan di persalahkan, Guru ajar ilmu salah.....SEDAR kah dia bahawa dia telah membelakangi guru nya? Renung kan lah..sendiri. Walau pun kadang kala Guru menyuruh buat perkara yang tak masuk akal, tapi tahu kah kita bahawa yang di suruh nya mempunyai hikmah tertentu...contoh nya: Apabila sesarang ingin mempelajari Keilmuan Sufi...sebelum ianya di terima masuk belajar, dia di suruh berbogel ramai-ramai beserta dengan pelajar wanita?...sebab apa?...ujian pertama nya adalah TAHAN NAFSU...di peringkat pengajian kesufian ini, menahan Nafsu adalah amat penting, jika nafsu tak boleh di tahan, macam mana dengan godaan iblis (Tenaga Negatif). Ilmu sufi adalah Ilmu Rahsia Ketuhanan, Ilmu Kesabaran dan peringkat tertinggi keilmuan. Nafsu adalah sebenar nya musuh yang amat merosak kan...

Kita mungkin tidak perasan atau alpa dalam perkara ini sebab keghairahan kita dalam penggunaan ilmu yang di ajar semata-mata mencari wang dan untuk kepuasan diri sahaja serta keghairahan di puja dan di puji. Niat, pransangka dan melawan walaupun dalam hati akan membibitkan bibit penghalang dalam diri kita. Disini mula lah kita ego, dan sebagai nya yang nagetif. Perasan kah anda, jika mahu mula mempelajari sesuatu ilmu anda akan di bersihkan terlebih dahulu...kerana apa?...kerana di bersihkan bibit penghalang ini tadi dan telah bersih baru di isi dengan ilmu yang baru. Sememang nya kita tak rasakan yang kita ini melawan atau telah mengikut aliran Nagetif.....tapi satu hari anda akan tahu juga dan mula malu menghadapi keyataan...pesan Guru saya, kalau sesat, pulanglah kepangkal jalan...ini lah yang susah sangat manusia mahu lakukan...

Tahukah anda, bahawa guru tu ibarat pemancar, maka kalau kita dekat dengan pemancar, penerimaan signal kuat, jika...kita jauh dari pemancar...??????, renungkan seketika.

Seperti DOSA, kalau zina tu dosa besar, sebab besar mana dosa tu agak nya tak nampak, maka ramai yang buat... asutan dari anasir nagetif akan mengasak supaya buat lagi, Nafsu mula menjadi imam...."TAK ADA APA PUN TERJADI...BUAT AJE, KAN SERONOK..."atau " ORANG LAIN BUAT TAK KENA APA PUN" agak nya kalau nampak besar dosa tu, baru orang tak buat kot...sebab dosa tu tak nampak...maka kita buat sesuka hati buat dosa. Ramai tidak perasan bahawa mereka telah mengikut aliran Nagetif, kerana bertanya atau minta pendapat pada tempat yang salah, seperti rakan seperguruan atau orang lain yang tidak mempelajari ilmu yang anda sedang pelajari. Contoh, kalau anda tanyakan ilmu kebatinan pada orang ilmu Fekah, pasti dia tidak dapat menjawap nya, kalau tanya pada teman seperguruan pun pasti dia tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat kerana dia pun masih dalam mempelajari sama seperti anda, mengapa tak bincang dan tanyakan terus pada GURU....diatas dasar ini ramai yang berpresapsi yang bukan-bukan mengenai kesahihan ilmu yang di pelajari nya, mula berkomlot dan sebagai nya... apa tah lagi yang Nagetif mula campur tangan. Berdecit, salah anggap dan ikut kata orang lain lah yang selalu nya membawa kita ke aliran yang Nagetif...INGAT!, Yang Nagetif sentiasa tunggu ruang untuk memasukan kemungkaran...berhati-hati lah.

Jangan Takut, rezki sememang nya ada pada dimana-mana, hak rezki anda sentiasa sama di beri oleh yang maha berkuasa. cuma cara pemberian nya aje yang berbeza, Jadi bersaing lah secara Positif dan sihat, adalah lebih baik bergabung...kata perpatah melayu, sepakat bermuafakat membawa berkat....secara sihat...insaallah anda di rahmati nya sentiasa. Jangan pijak memijak, dengki mendengki, tuduh menuduh...kita juga yang rugi...Percaya pada naluri diri...ini nasihat saya...naluri anda sentiasa menjaga anda, jangan ikut nafsu...Tuhan beri kita Akal dan fikiran, gunakan lah secara bijaksana. Orang suka lihat kita susah dari kita senang....maka, ikut naluri bukan nafsu.

Balasan Tuhan: Ini pun sering salah faham timbul. Tuhan tidak membalas, maaf, ini pendapat saya, sebab Hasma Al husna nya mengatakan Tuhan yang maha pemaaf, Maha menyayangi..Maka tuhan tidak membalas walaupun seringkali kita kata, nanti tuhan akan balas...yang membalas adalah KARMA...jadi apa itu KARMA?.

KARMA adalah undang-undang yang telah ditetapkan sejak azali lagi, sebelum manusia di cipta lagi, sebelum umi ini ad lagi...Yaitu: BUAT BAIK BALAS BAIK, BUAT JAHAT BALAS JAHAT. KITA TIDAK BERKIRA, MAKA IA TAK BERKIRA, JIKA KITA BERKIRA, MAKA IA BERKIRA....

KARMA adalah undang-undang yang telah di tetapkan...Renung kan lah.....maka itu tuhan jadikan semua nya ada lawan...Bukit lawan nya dataran, miskin lawan nya kaya dan seterus nya...cuba kita renung kan bersama.....GUNA KAN AKAL DAN FIKIRAN ANDA....BUKAN NAFSU...

Nasihat saya, ikut ajaran dan pelajaran yang guru ajarkan bukan ikut perangai nya. Hal peribadi guru juga adalah sebagai amanah kepada murid nya, perlu di jaga ....maka simpan lah dengan betul...."AMANAH"...sama-sama lah kita renungkan...


SIMBOLIK

Guru akan kadangkala menyuruh anak murid nya buat sesuatu yang luarbiasa, kerana jika ingin menjadi orang luarbiasa perbuatan pun kena luarbiasa, ini dinamakan simbolik dimana kadang-kadang luar dari dugaan kita...umpama nya, buat perahu dan letak kan sesuatu di tengah perahu itu dan membuat nya mesti lah di sungai atau taliair di mana tiada siapa yang melalui nya...maksud nya di tempat yang sunyi dan tiada manusia akan melalui tempat itu...mengapa....????, ada kala di suruh kita beremdam dalam sungai yang dingin dari 12 malam hingga ke subuh...mengapa...??? tentu nya ia adalah simbolik kepada sesuatu pekara...lebih nyata adalah...mengapa kita pusing kaabah 7 kali?????, mengapa arah lawan jam, mengapa memakai kain putih dan sebagai nya, mengapa baling jumrah...mengapa pulak batu yang kita baling dan seumpamanya...mengapa???...ia adalah sebagai simbolik sahaja...jadi guru akan menyuruh kita berbuat simbolik itu sampai kadang nya tak masuk akal....jadi ianya hanya simbolik pada sesuatu.....Renung kan lah....


Menggunakan Jin

Perkataan ini selalu nya akan di sebut pabila sesorang pengubat dapat mengubati sesuatu penyakit Misteri....Biasa nya si pesakit akan mengucapkan Terima Kasih dan sebagai nya kerana dia sembuh dari penyakit yang dia hadapi...tetapi yang membawa atau pengubat alternatif lain akan berandai bermacam-macam...DIA PAKAI JIN TU....atau DIA PAKAI DATUK...ADA SIMPAN ITU LAH DAN INILAH...

Perapsi begini lah yang akan sering anda dengar, walau dimana pun...penuduhan membela Jin dan sebagai nya akan timbul...JADI!...sebelum penyakit nya dapat di tawarkan oleh seorang pengamal alternatif, si pesakit akan berusaha ke sana dan kemari, jumpa sami buddha lah, jumpa Tok Batin lah dan sebagai nya...bila penyakit nya dapat di sembuhkan, mula lah berandaian...Bomoh tu ada bela ini lah, ada bela itu lah...dan sebagai nya...Biasa nya si pesakit tak berkata apa cuma senyum dan lega penyakit nya dapat di sembuhkan, yang membawa atau rakan yang mengikut nya mula berandaian...ini lah orang Nusantara...sikap ini lah yang selalu nya menjadi sesaorang Pengamal Alternatif itu di tomah dan di fitnahkan...ini kisah benar dimana Guru saya sendiri telah di Fitnah dan di tomahi...dimana anak murid nya sendiri telah dapat sakit sahingga tak dapat berjalan, seluruh tubuh nya tak dapat bergerak, jika di usik bahagian mana pun tubuh nya, dia akan merasa sakit...dia telah berusaha pergi berubat hampir ke seluruh Malaysia, Bomoh, dukun, Doktor habis di cubai nya namun gagal memulihkan penyakit nya dan akhir nya dia berjumpa Guru dan mengadu hal penyakit nya...Guru berkata pada dia bahawa ini adalah sebahagian dari ujian yang dia terima...dia kata pada guru, "saya belajar tapi mengapa tak dapat ubati diri nya sendiri". Guru hanya menjawap " Doktor kalau sakit pun jumpa Doktor lain juga"......Guru pun mengubati nya sambil menyuruh dia teliti sekali bagaimana Guru mengubati nya, dan penyakit nya pun sembuh serta merta....dia berkata pada saya, Guru yang buat kot....astagfirullah al azim.....Bagi pendapat saya, Penyakit yang dia hadapi itu sebagai ujian mungkin betul kata guru tu...yang dapat saya pelajari pada hari itu bahawa dia mendapat penyakit itu adal Hikmah nya...kerana kalau dia tak kena penyakit itu mungkin guru tak ajar cara mengubati nya...saya tanya pada dia mengapa lak guru yang buat....dia kata, semua orang tak boleh sembuhkan aku tiba-tiba Guru ubat terus serta merta baik, guru tahu aku sakit, mengapa dia tak ubat sehingga aku mengadu baru dia ubat....mesti lah dia yang buat aku.... ok lah, mari kita renung bersama dari hari pertama dia kena sakit, dia kesana kesini mencari orang yang boleh mengubati nya sehingga lah akhir nya dia berjumpa dengan Guru sebab sudah hampir seMalaysia mencari tak jumpa....apa kah benar guru yang buat dia atau ada sesuatu hikmah di sebalik nya....renungi sejenak.....anda tentu tahu jawapan nya...

Satu Contoh yang nyata adalah pada diri saya sendiri pada tahun 2007, satu minggu nak puasa dimana saya di sahkan kena penyakit 'Jondes', iaitu batu dalam hati...semua tubuh saya termasuk muka dan mata menjadi kuning semua nya. Saya serta merta menjadi kurus dan selalu letih, tak ada selera nak makan kerana setiap kali saya makan perut saya perit dan pedih. Najis saya putih dan paling fobia sekali sewaktu nak buang air kecil, kuning seperti nanah dan panas....yang paling seksa ialah saya tak boleh tidur dan seluruh tubuh saya amat gatal sekali.

Saya buat pemeriksaan di sabuah klinik di Taman Danau desa dan hasil pemeriksaan di sahkan saya kena "Jondes", Kelestrol 27, dan Kencing manis 27...wow ...boleh maut tu..., saya di beri surat untuk membuat rawatan susulan di Hospital Pakar Serdang. Saya kesana dengan anak perempuan saya kedua, sewaktu di kaunter, saya di minta surat pengesahan dari Dokter merawat .....malang nya saya tertinggal di Pejabat...tanpa surat mereka tak boleh terima saya dan saya pun pulang .... Tiga hari selepas tu saya diberitahu oleh salah seorang peserta kursus Psychic bahawa di Kampong Bukit Peguh, Telok Mas, Melaka ada seorang Ustaz boleh buat bedah Ghaib, maka keesukan hari nya kami ke Melaka dan tiba jam 12 tengah hari...ramai yang telah ada di situ dan pendaftaran kami no 40...saya tanya petugas di situ kira-kira jam berapa baru giliran saya dan dia kata lebih kurang 4 petang...kami pun tunggu dan jam 2 petang Ustaz pun mulakan tugas nya...Nak tergelak pun ada, rasa lucu juga melihat cara Ustaz ini mengubat, seperti seorang Dokter Bedah..injection, bedah....sempat juga saya melawak dengan teman yang membawa saya, dia tukar jantung recond ke, kebetulan ada pesakit nya tukar jantung...kerana kata orang, manusia mana ada spare part, Apabila tiba giliran saya, maka saya pun baring di katil no 40...Bila Ustaz tersebut merawat saya, dia kata saya kena tukar Pengkerias dan hati baru....saya kata OK LAH...di pun inject kaki saya , peha saya dan seperti meletakan topeng oksijen pada hidung saya dan beberapa saat kemuddian dia seperti membedah dada saya persis seperti Dokter bedah, memasuk kan DRIP dan darah...sambil dia merawat saya dia bercerita mengenai tempat nya itu, Hospital organ kata nya...semua organ dalaman boleh di tukar, jika kereta dan barang lain ada spare part, mengapa manusia tak ada, kan manusia khalifah....dan terus bercerita dan tahu-tahu saya di kejutkan lebih kurang jam 6 petang oleh teman saya dan tiada orang di situ hanya kami berlima sahaja dan kawan saya kata, semua dah balik, lepas Magrib buka balik...kami pun pulang dan setiap dua hari saya ke sana dan pada 15 puasa ....Alhamdullillah saya sihat walafiat, badan kembali berisi, muka kembali merah, saya menukar hampir kesemua organ termasuk tulang belakang....alhamdul lil llah, syukur..sehingga sekarang setiap Isnin saya ke sana sambil belajar dan berubat lagi....jika mengikut kata Dokter perubatan, saya sekurang-kurang tiga bulan baru sihat...tapi 17 hari dah sembuh...macam mimpi lak...semua yang tahu saya kena sakit terkejut dengan kecepatan sembuh nya saya...pada hari yang ke 18 saya bertanya dengan Ustaz, boleh saya pelajari tak kerana saya sememang nya pencari Ilmu Metafizik...dia bersetuju mengajar saya dan selama 44 hari saya kena buat ritual yang di ajarkan nya......Dan sekarang ini saya membuat rawatan di no: 1560-A, Jalan Hji Hussin, Kampong Rincing Hilir, Bangi Lama, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA....6018 2585 995, Setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam...


Rumusan nya dari cerita ringkas diatas...adakah ianya cara tak sengaja saya tertinggal Surat Dokter itu dan pergi berubat dengan Ustaz rahim? atau ada Hikmah di sebalik musibah...Jika tak kerana saya sakit, maka saya tak dapat Ilmu Bedah Gahib ini.....Jadi mari kita renungkan bersama.....

Renungan bersama

Seringkali kita dengar perbuatan jatuh menjatuh ini di sana sini...ianya sangat lumrah dan akan terjadi pada sesiapa pun...itu lah KARMA nama nya...seperti yang telah diterangkan di atas..iblis dan sekutunya sedaya upaya akan menjebak kita ke jalan nya seperti janji nya pada Tuhan...maka serangan yang bertubi-tubi akan di lakukan setiap saat sehingga lah kita terpedaya oleh pujukan dan tipu daya nya...

Mungkin kita tak sedar bahawa satu ketika dalam hidup kita mempunyai niat yang tak baik kepada orang lain...maka niat itu berbalik kepada kita dan kita kata NASIB TAK BAIK...tapi sedar kah anda bahawa anda pernah mengkeji sesaorang dahulu?????...maka Karma membalik kan nya kepada kita....satu cerita dimana seorang Isteri telah bermain kayu tiga...pendek cerita berzina dengan orang lain di belakang Suami nya...terserempak dengan Suami pada kedua kali nya dan si isteri di ceraikan....maka si Isteri ni pun bercerita bahawa bekas suami nya sangat zalim pada dia..ini semata-mata untuk memuaskan hati nya mengatakan dia tidak bersalah, walaupun pada hakikikat nya dia sangat bersalah sebagai Isteri dalam golongan Solehah. Dia sering di marahi dan tidak mendapat kasih sayang sepenuh nya...maka pemuda yang mendengar pun kesian dan membela nya...maka si Isteri tadi dapat kekasih baru dimana si lelaki tadi 100% percaya segala cerita si perempuan tadi....jadi untuk menenangkan fikiran si Isteri tadi, si isteri pergi mengerjakan umrah konon nya dan di mata masyarakat dia yang benar, di depan kabbah, dimana dia berdoa agar Tuhan memberikan nya Seorang suami seperti yang dia idamkan...pulang dari umrah, si isteri tadi berjumpa dengan seorang Suami orang di atas kapalterbang sewaktu pulang dari umrah...kebetulan mereka sudah memang mengenali satu sama lain dan si Perempuan itu tahu lelaki tadi adalah suami orang kerana mereka sekampung dahulu...si perempuan tadi menggoda lelaki tersebut dan mereka menjadi sepasang kekasih dan telah melakukan sumbang beberapa kali...Jadi ...apa guna bertoubat tapi melakukan kembali...balik dari Umrah buat maksiat...Na au zubil llah min zholik...

Mengapa terjadi begitu...setelah di siasat secara lahiriah...ternyata bahawa si perempuan tadi adalah wanita kuat nafsu berahi nya.....memang keras kepala dan sangat pandai bermain berdrama...kata-kata nya sangat menjiwai sesiapa yang mendengar dan jika dia bercerita semua nya semacam dia belum pernah lakukan, jika di kaji secara logik, katanya bekas suami nya garang, tak menyayangi nya...semua nya dusta, kerana bekas suami nya telah berkahwin lain dan mereka hidup bahagia dengan seorang cahaya mata...jika si suam itu garang, mengapa lak anak gadis nya selalu balik ke rumah bekas suami nya????, anak gadis tersebut sangat sayang pada ayah nya...ada yang tak kena bukan...sekarang si perempuan tadi sering bertukar pasangan dan pernah berkata...kalau lelaki boleh mengapa saya tak boleh...yang luarbiasa sekali adalah, si perempuan tu seorang guru mengaji...maka jika karma itu berbalik kepada si perempuan tadi...apatah pulak katanya...yang pasti dia akan kata dia di kenakan atau NASIB NYA.....cuba renungkan....atau karma itu berbalik pada anak dara atau cucu nya nanti atas perbuatan nya....adakah??????? atau siapa pulak mahu di salahkan atau memang ke takdir..... ini nasihat saya, pulang ke pangkal jalan....renungkan lah....ini bukan memburuk kan...tapi simpati, bukan pada si perempuan tadi...tapi simpati pada yang tak bersalah pulak akan menerima akibat nya.....saya telah beberapa kali jumpa dengan hakikat ini....insaf lah...JANGAN DAH TERANTUK BARU NAK......

Rumasan nya, apa yang kita dapat balasan adalah dek perbuatan kita sendiri...YA, kerana hukum karma telah termaktub, Jika kita kuat atau tak menerima akibat nya, salah satu dari keturunan kita pula yang terkait, pasal tu saya tak kisah kalau saya pernah dan akan menerima balasan nya, sebab mungkin cara sengaja atau tidak saya pernah berniat tak baik pada sesaorang...saya redho....kerana itu perpatah orang tua-tua : " Kalau sesat jalan, balik lah ke pangkal jalan ". Kalau dah ketam jalan nya sengget, tak kan anak nya boleh jalan lurus...Belajar lah dari kesalahan, kerana itu lah pengajar yang benar...Mari lah kita renungkan.....



ibfo selanjut nya : http://www.mindakejayaan.com