Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal ujud, Kholikul Alam dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, jadikan lah panduan serta garis panduan dan Iktibar bilamana jika ia nya Relevent pada anda kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Menkaji, Belajar dan Mempelajari.
Sila rujuk kepada Guru-guru
yang Mursyik bagi
mendapat
kepastian.
ﷲ
Mengenai Masyur, terkenal,
Glamour, Gelaran, berpangkat serta Kehebatan
pula.
Jika ditanya, mungkin benar apa yang
dikatakan, jika tidak terkenal macamana orang
nak tahu, tiada pangkat mana nak mulia, sebab
itu kita semua mengejar nya....tetapi
perlu ingat, kesemua itu bukan jaminan kita
hebat dan Glamour di akhirat nanti, di Alam kekal. Jika anda tahu nyanyian Nasyid Orkes
Al Suraya dari Medan, yaitu lagu "Selimut Putih",
di antara senikata nya adalah :"Jangan
Mahu di sanjung sanjungan, kau di Gelar Manusia
Angkuh. Sadar lah diri, tahu di untung sebelum
keranda anda di usung
Tiada lagi guna nya harta,
kawan karib, sanak saudara. Jikalau ada, AMAL di
dunia, itu lah saja pembela kita".
Ini lah pengingat kita, bukan lagu Rock dan
sebagainya, itu mengalpakan kita.
ﷲ
Hidup di Dunia hanya tumpangan atau sementara
dan sebagai pentas sendiwara
sahaja dan semua nya hanya pinjaman belaka bukan
hak kita, sebab itu bila kita kembali ke
Rahmatullaah semua nya tinggal kerana bukan haq
kita. Unsur di
pulangkan kembali ke unsur, Roh kembali pada
Alam Roh.
Alam Akhirat adalah Alam
Kekal. Jaminan Kebahagian di Alam Kekal adalah
pada Amalan,
ingat
lah, Amalan kita di dunia, kita kena
semak lah apa itu dikatakan AMALAN tadi. Ianya
bukan lah banyak buat pahala, banyak buat kebajikan,
bukan kuat buat ibadah, banyak mengaji atau banyak buat sedekah, tetapi banyak AMALAN. Zikirul
laah adalah Amalan yang di maksud kan.
ﷲ
Nabi Allah Yusuf A.S bukan lah lawa,
Tampan dan Cantik sebenarnya
jika anda tahu cerita nya, baginda sebenar nya
tak lawa. Tampan dan cantik kerana itu beliau di buang
dan
di tinggalkan dalam hutan dan di campak kedalam
perigi sewaktu baginda kecil. Yang membuat baginda jadi lawa,
Tampan adalah
Amalan zikir. Jadi Zikir lah segala nya (Zikir :
Allah. Allah, Allah, Muhamad, Muhammad,
Muhammad), nak
hantar sedekah pada Arwah pakai zikir (Zikir
Taubah), simpanan
kita ke Akhirat esuk juga pakai zikir yang di
simpan (Antal Wahab). Jadi kena belajar dan ambil tahu juga
bagaimana nak berzikir ni. Maka sebab itu kita
kena berguru pada yang Mursyik yaitu Guru yang
tahu dan kenal siapa dia Allah SWT yang sebenar
nya (Awal mengenal Aku, Kenali lah diri mu
serata rata nya baharu kenal Aku dengan NYATA), yang tahu di
mana nak simpan zikir ini serta cara bagaimana
nak lakukan zikir berbillion billion
dalam sesaat,
mustahil ke, tidak ada yang mustahil jika anda
tahu....cuba lah kita sama sama hayati....
ﷲ
Kehebatan mempunyai Ilmu ilmu Shakti atau Ilmu
kekuatan serta kehebatan itu dan ini adalah
hamba ilmu sebenar nya, Di sebut Sheh rul Mubiin
(Sihir yang Nyata).
Raja Ilmu adalah Sofi, Hakikat, Khalifah,
Martabat dan Abadi (Bakabilah), Lima dari
sembilan tahap, dimana empat nya adalah
Zat, Sifat, Isma dan If'il (Fikli). Ini lah ilmu
kehebatan di Dunia dan di akhirat, Ilmu
Allah SWT yang sebenar benar nya kerana
kerahsiaan nya ada di dalam ke sembilan tahapan ini
Berserta Hayyan, Aliman, Basiran, Samiian,
Qudiran, Muridan dan Qalam - (Sifat Makni Allah
SWT).
ﷲ
Ramai yang ingin dapat peringkat wali
tetapi, untuk mendapatkan peringkat Keromah (Kemuliaan
Allah SWT) pun belum tentu sampai, jika lepas
pun peringkat keromah itu anda hanya
sampai ke tahap wali empat sahaja kerana
untuk mencapai ke tahap wali sembilan anda perlukan
lima tahap yang di perkatakan tadi serta tahu
Tujuh Makni Allah SWT baru anda
mencapai tahap wali sembilan dan setelah anda
capai ke tahap sembilan ini serta tahu
kerahsiaan sifat Makni Allah SWT dan juga tahu
Qadim ketuhanan serta Qadim Muhammad, anda akan
di
martabatkan sebagai ketua segala wali yaitu Wali
Qutub oleh Allah SWT dengan Pra Syarat tertentu, serta pringkat terakhir
anda adalah Bakabillah dengan Allah SWT ini pun
jika anda mendapat kurnia dan anugerah daripada
nya. Anda akan menjadi WASITAH Allah SWT.
Mengapa tak mengejar ini......
ﷲ
Memang benar yang buruk dan baik
(Qada' dan Qadar) datang nya dari
Allah SWT, tetapi anda di beri
AKAL dan FIKIRAN oleh Allah SWT, mengapa anda tak
gunakan nya. Nak kaya, nak kuat, nak Ilmu yang
sebenar Ilmu nya Allah SWT ada di berikan oleh nya.
Maka gunakan lah Fikiran dan Akal
(disini lah terletak nya tahap Martabat anda) untuk
mendapatkan nya. Jika keris itu punyai Hikmah
dengan Hikmat tertentu atau Batu, Buluh, cincin dan
sebagai nya mempunyai kuasa Shakti (Semua itu
adalah Hamba
Ilmu), siapa yang
memberi kan kuasa kuasa itu pada benda benda
tersebut?, sudah tentu lah
Allah SWT, jadi mengapa tidak menjadi kekasih (Bakabillah)
Allah SWT untuk mendapatkan kuasa kuasa yang
mutlak
kerana Dia lah yang Maha bagi segala gala nya.
Mengapa mesti gunakan serana serana yang Allah SWT
berikan kuasa, megapa kita muliakan dan agung kan
benda benda itu, mengapa tak muliakan Allah SWT.
ingat, Iblis sentiasa menunggu peluang untuk
bertapak dan menguasai. Cuma mengatakan atau
niat Keris atau benda benda lain itu ada
keshaktian nya, kita telah membelakangi ALLAH
SUBHA NA WA TA'ALA.
ﷲ
Sememang nya betul dan benar bahawa
yang Bathil dan Yang Haq datang nya dari Allah
SWT, tetapi kebijaksanaan kita boleh membezakan
nya dan menyelesaikan masalah ini dengan
mengetahui siapa yang sebenar punyai kuasa Mutlak
sebenar nya, di sini kita kena
bijaksana dan bijaklaksana. Tiada yang akan bergerak melainkan di
gerak kan oleh HU Allah SWT. Tiada yang di punyai
melainkan kepunyaan Allah SWT semata mata.
Pernah kah anda bersyukur, (Syukran innallah,
Allah Hu Akbar)...kenapa mesti punyai
Hikmah selain dari Hikmah yang diberikan oleh
Allah SWT sendiri pada kita.
ﷲ
Menggunakan
petikan ayat ayat dari Al Quran, kitab kitab
lain, menggunakan serana serana dan sebagai nya
sebagai topeng pengiklanan bagi menarik
perhatian serta
keyakinan kepada sesuatu produk oleh Orang bijak
tertentu yang telah masyur atau Glamour
atas tiket nama Islamik (Produk Islam). Bukan kah ini
membelakangkan (Bermurafakah) kepada Zat Wajibal
Ujud, Qolikul Alam serta memesongkan akidah kita
mengatakan sarana ini yang membantu bukan Allah
SWT. Apa ada pada Kismis dan Coklat Minda
katanya, sedangkan
"Allah humaf tah Alai na hik matakawan sur
Alaina min haza hini rah mati kaya har hama ro
himin" boleh di baca pada setiap sesi permualaan
klass atau setiap kali membaca Al Qur'an serta
setiap hari, tidak
yakin kah ayat minta cerdik dan dapatkan hikmah
Allah SWT ini. Kismis dan Coklat ini memang
telah sedia ada hikmah nya jika di makan
mengikut sukatan kerana kedua nya sememangnya
peransang Minda tanpa perlu di doa pun, ini lah salah
satu kuasa Allah SWT menjadikan sesuatu perkara
atau benda memang mempunyai hikmat tertentu.
Mengapa di permainkan serta memperolokkan semata
mata untuk keuntungan peribadi dan serba sedikit
telah memesongkan akidah kita kerana percaya
benda dari kuasa Allah SWT itu sendiri, bukan
kah ini Bermurafakah nama nya.
ﷲ
Mengapa mesti membelakangkan
Allah SWT, percaya pada benda yang dibaca
dengan ayat suci kata nya, air yang di baca
zikir dan ayat ayat sifa kata nya, wafak,
tangkal dan lain lain selain dari kuasa Allah
SWT itu sendiri. Insan atau Orang itu belum tentu
makbul doa nya dan amalannya sendiri belum tentu
di terima oleh Allah SWT, mereka cuma percaya
pada perbuatan itu, hanya percaya pada ayat ayat
itu kerana terbaca atau di beritahu mengenai
kehebatan ayat tersebut, tetapi kita kena tahu
juga bahawa semua ayat suci ada malaikat penjaga
nya, di sini lah Iblis akan
memain kan peranan dengan sebebas nya
kerana kita telah membelakangkan kuasa Mutlak
yakni kuasa kepunyaan Allah SWT sebenar nya.
Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memerintah
Para Malaikat penjaga ayat atau zikir ini
bertugas, Ustaz, Tok Guru atau sesiapa sahaja
yang bukan pemegang Wasitah
Allah SWT
(Hanya Para Rasul dan Nabi, Syuhadah, Solihin,
Para Ambia, para wali wali serta Para Wali Qutub
dan ketua para Malaikat sahaja yang mendapat
Wasitah ini). Selain dari itu sesiapa pun
tak layak memerintah Para malaikat penjaga ayat
ayat itu menjalankan tugasan mereka, jadi
macamana Artis, Motivator, Haji, bekas Atlit,
pendakwah, Tok Guru atau Ustaz boleh?, musykil
juga.
Maka kuasa Iblis pula akan berada di situ (Pada
Ayat ayat itu) kerana ini lah peluang besar para
iblis ini masuk kan jarum kesesatan. Allah SWT
tidak melarang Iblis dan Syaitan memasukkan
jarum kesesatan mereka sebab telah di benarkan
sewaktu permintaan para iblis dan syaitan untuk
menyesatkan anak Adam sebelum kiamat, semasa
mereka di laknat. Kebenaran menyesatkan anak
Adam yang ingkar dan membelakagkan Allah SWT
sahaja akan masuk kejerat para iblis dan syaitan
ini. Jangan Salahkan Iblis atau Syaitan itu pula
kerana perbuatan mereka juga amanah dari Allah
SWT, salahkan diri sendiri kerana Buta, Tuli dan
Bodoh tak mahu mengkaji dan mempelajari hingga
ke puncak ilmu Allah SWT sebab Sombong. Takbur,
Riak dan Bongkak dengan keindahan dan alunan
kemewahan dunia sahaja serta juga yang paling
Utama suka mempunyai sesuatu yang sebenar nya
bukan Haq milik kita. Kan semua nya hak milik
Allah SWT. Jika Isteri anda hak milik anda
mengapa Allah SWT mengambil nya kembali ke
Ramatullaah begitu juga anak anda, mengapa di
beri pada Suami nya dan kemewahan serta harta
benda milik anda mengapa sewaktu kembali ke
Rahmatullaah anda tak bawa sekali......semak
semak lah bersama.
ﷲ
Benar dan Sah mereka
pergunakan nama Allah SWT, menggunakan kalimah
Allah SWT atau Asma al Husna nya
tapi kita kena tahu dan peka bahawa iblis juga
menggunakan bahasa yang sama, (lagi pun bahasa
mereka juga),
memesongkan pandangan kita dengan peralatkan
kalimah kalimah serta ayat ayat Al Qur'an Al
Qarim. kerana kita buta, tuli dan bodoh sebenar nya. Adakah kita kenal
siapa dia Allah SWT sebenar nya atau cuma
setakat percaya dan yakin ujud nya Allah SWT sahaja,
cuma kita yakin adanya Allah SWT itu tetapi tak
pernah mahu
kenal pasti siapa kah Allah SWT itu sebenar nya
kerana jika kita tahu siapa dia Zat Wajibal Ujud,
Kholikul Alam ini, sudah pasti dunia ini aman dan
tenteram tiada perang, pergaduhan dan lain lain
yang memusnah kan. Oleh sebab percaya sahaja
dan tidak mengenali, maka iblis pun kehadapan
dan memesongkan pandangan kita mengatakan dialah
(Iblis) punyai kuasa tersebut. maka terjadilah
Tuhan itu sebenar nya satu tetapi ketuhanan itu jadi banyak.
ﷲ
Bagaimana kita tahu bahawa doa
serta permintaan kita sudah sampai
kehadrat Allah SWT dan cara bagaimana kita meminta,
kerana minta dan mohon adalah dua kalimah yang
sangat berbeza, kebanyakan kita hanya berdoa
yaitu memohon, masih mengharapkan yang tak
pasti tetapi Allah SWT menyuruh kita minta pada
nya - pasti dapat, dua persoalan yang berbeza
antara minta dan memohon...maka semak semak lah
kerana betul kata kita, masih
belum pasti betul kata Allah SWT. Zat Wajibal
Ujud, Kholiqul Alam memberi dua kelebihan pada
Mahluk nya yang bernama Manusia (Insan) berbeza
dari Mahluk selain nya yang dia cipta, kelebihan
itu adalah Akal dan Fikiran atau nama sekarang
di panggil
Minda.
Mengapa kita
tak gunakan nya. Pernah seorang Guru berkata : "
Allah SWT itu suka pada orang yang cerdik dan
pintar " (Menggunakan
Akal dan Fikiran
yang diberi).
ﷲ
Maka alangkah eloknya kalau mereka
meminta kepada Aku dengan merendah
diri (serta insaf dan bertaubat)
ketika mereka ditimpa azab Aku?
Tetapi yang sebenarnya hati mereka
keras (tidak mahu menerima kebenaran)
dan Syaitan pula
memperolokkan pada (pandangan)
mereka pada apa yang mereka telah lakukan.
ﷲ
Merata rata para
Ustaz, pendakwah serta para Ulama
berkata serta menyatakan bahawa Doa pada Allah SWT adalah senjata
pada orang Mukmin tetapi masih percaya pada
benda benda dan serana serta pada pendamping
pendamping. Adakah anda tidak Haq Qul Yaqin pada
firman nya yang bermaksud,
"Minta pada ku, akan
ku perkenankan pintaan mu"
-
Surah Al-Mukmin ayat 60......
ﷲ
Seperkara lagi.....Jika Allah SWT memberi anda dua pilihan.:
Pilihan A)
- Jika kamu buat salah, kamu akan mendapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu
dapat Pahala.
Pilihan B)
- Jika kamu buat salah, kamu tak dapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu tak
dapat Pahala.
yang
mana satu pilihan anda,
A
atau
B...cuba
semak-semak kan.
"Ambil lah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat / Amal Jariah) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari yang buruk".- Surah At-Taubah, ayat 103 |
No comments:
Post a Comment