Waktu sekarang

Tarikh :

Wednesday, March 13, 2013

Renungan Sepintas lalu




   


  Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal ujud, Kholikul Alam dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, jadikan lah panduan serta garis panduan dan Iktibar bilamana jika ia nya Relevent pada anda kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Menkaji, Belajar dan Mempelajari.

Sila rujuk kepada Guru-guru yang Mursyik bagi mendapat kepastian.

   Mengenai Masyur, terkenal, Glamour, Gelaran, berpangkat serta Kehebatan pula.
Jika ditanya, mungkin benar apa yang dikatakan, jika tidak terkenal macamana orang nak tahu, tiada pangkat mana nak mulia, sebab itu kita semua mengejar nya....tetapi perlu ingat, kesemua itu bukan jaminan kita hebat dan Glamour di akhirat nanti, di Alam kekal. Jika anda tahu nyanyian Nasyid Orkes Al Suraya dari Medan, yaitu lagu "Selimut Putih", di antara senikata nya adalah :"Jangan Mahu di sanjung sanjungan, kau di Gelar Manusia Angkuh. Sadar lah diri, tahu di untung sebelum keranda anda di usung
Tiada lagi guna nya harta, kawan karib, sanak saudara. Jikalau ada, AMAL di dunia, itu lah saja pembela kita". Ini lah pengingat kita, bukan lagu Rock dan sebagainya, itu mengalpakan kita.
Hidup di Dunia hanya tumpangan atau sementara dan sebagai pentas sendiwara sahaja dan semua nya hanya pinjaman belaka bukan hak kita, sebab itu bila kita kembali ke Rahmatullaah semua nya tinggal kerana bukan haq kita. Unsur di pulangkan kembali ke unsur, Roh kembali pada Alam Roh.  


Alam Akhirat adalah Alam Kekal. Jaminan Kebahagian di Alam Kekal adalah pada Amalan, ingat lah, Amalan kita di dunia, kita kena semak lah apa itu dikatakan AMALAN tadi. Ianya bukan lah banyak buat pahala, banyak buat kebajikan, bukan kuat buat ibadah, banyak mengaji atau banyak buat sedekah, tetapi banyak AMALAN. Zikirul laah adalah Amalan yang di maksud kan.
   Nabi Allah Yusuf A.S bukan lah lawa, Tampan dan Cantik sebenarnya jika anda tahu cerita nya, baginda sebenar nya tak lawa. Tampan dan cantik kerana itu beliau di buang dan di tinggalkan dalam hutan dan di campak kedalam perigi sewaktu baginda kecil. Yang membuat baginda jadi lawa, Tampan adalah Amalan zikir. Jadi Zikir lah segala nya (Zikir : Allah. Allah, Allah, Muhamad, Muhammad, Muhammad), nak hantar sedekah pada Arwah pakai zikir (Zikir Taubah), simpanan kita ke Akhirat esuk juga pakai zikir yang di simpan (Antal Wahab). Jadi kena belajar dan ambil tahu juga bagaimana nak berzikir ni. Maka sebab itu kita kena berguru pada yang Mursyik yaitu Guru yang tahu dan kenal siapa dia Allah SWT yang sebenar nya (Awal mengenal Aku, Kenali lah diri mu serata rata nya baharu kenal Aku dengan NYATA), yang tahu di mana nak simpan zikir ini serta cara bagaimana nak lakukan zikir berbillion billion dalam sesaat, mustahil ke, tidak ada yang mustahil jika anda tahu....cuba lah kita sama sama hayati....

Kehebatan mempunyai Ilmu ilmu Shakti atau Ilmu kekuatan serta kehebatan itu dan ini adalah hamba ilmu sebenar nya, Di sebut Sheh rul Mubiin (Sihir yang Nyata). Raja Ilmu adalah Sofi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi (Bakabilah), Lima dari sembilan tahap, dimana empat nya adalah Zat, Sifat, Isma dan If'il (Fikli). Ini lah ilmu kehebatan di Dunia dan di akhirat,  Ilmu Allah SWT yang sebenar benar nya kerana kerahsiaan nya ada di dalam ke sembilan tahapan ini Berserta Hayyan, Aliman, Basiran, Samiian, Qudiran, Muridan dan Qalam - (Sifat Makni Allah SWT).
Ramai yang ingin dapat peringkat wali tetapi, untuk mendapatkan peringkat Keromah (Kemuliaan Allah SWT) pun belum tentu sampai, jika lepas pun peringkat keromah itu anda hanya sampai ke tahap wali empat sahaja kerana untuk mencapai ke tahap wali sembilan anda perlukan lima tahap yang di perkatakan tadi serta tahu Tujuh Makni Allah SWT baru anda mencapai tahap wali sembilan dan  setelah anda capai ke tahap sembilan ini serta tahu kerahsiaan sifat Makni Allah SWT dan juga tahu Qadim ketuhanan serta Qadim Muhammad, anda akan di martabatkan sebagai ketua segala wali yaitu Wali Qutub oleh Allah SWT dengan Pra Syarat tertentu, serta pringkat terakhir anda adalah Bakabillah dengan Allah SWT ini pun jika anda mendapat kurnia dan anugerah daripada nya. Anda akan menjadi WASITAH Allah SWT.  Mengapa tak mengejar ini......

Memang benar yang buruk dan baik (Qada' dan Qadar) datang nya dari Allah SWT, tetapi anda di beri AKAL dan FIKIRAN oleh Allah SWT, mengapa anda tak gunakan nya. Nak kaya, nak kuat, nak Ilmu yang sebenar Ilmu nya Allah SWT ada di berikan oleh nya. Maka gunakan lah Fikiran dan Akal     (disini lah terletak nya tahap Martabat anda) untuk mendapatkan nya. Jika keris itu punyai Hikmah dengan Hikmat tertentu atau Batu, Buluh, cincin dan sebagai nya mempunyai kuasa Shakti (Semua itu adalah Hamba Ilmu), siapa yang memberi kan kuasa kuasa itu pada benda benda tersebut?, sudah tentu lah Allah SWT, jadi mengapa tidak menjadi kekasih (Bakabillah) Allah SWT untuk mendapatkan kuasa kuasa yang mutlak kerana Dia lah yang Maha bagi segala gala nya. Mengapa mesti gunakan serana serana yang Allah SWT berikan kuasa, megapa kita muliakan dan agung kan benda benda itu, mengapa tak muliakan Allah SWT. ingat, Iblis sentiasa menunggu peluang untuk bertapak dan menguasai. Cuma mengatakan atau niat Keris atau benda benda lain itu ada keshaktian nya, kita telah membelakangi ALLAH SUBHA NA WA TA'ALA.
Sememang nya betul dan benar bahawa yang Bathil dan Yang Haq datang nya dari Allah SWT, tetapi kebijaksanaan kita boleh membezakan nya dan menyelesaikan masalah ini dengan mengetahui siapa yang  sebenar punyai kuasa Mutlak sebenar nya, di sini kita kena bijaksana dan bijaklaksana. Tiada yang akan bergerak melainkan di gerak kan oleh HU Allah SWT. Tiada yang di punyai melainkan kepunyaan Allah SWT semata mata. Pernah kah anda bersyukur, (Syukran innallah, Allah Hu Akbar)...kenapa mesti punyai Hikmah selain dari Hikmah yang diberikan oleh Allah SWT sendiri pada kita.
Menggunakan petikan ayat ayat dari Al Quran, kitab kitab lain, menggunakan serana serana dan sebagai nya sebagai topeng pengiklanan bagi menarik perhatian serta keyakinan kepada sesuatu produk oleh Orang bijak tertentu yang telah masyur atau Glamour atas tiket nama Islamik (Produk Islam). Bukan kah ini membelakangkan (Bermurafakah) kepada Zat Wajibal Ujud, Qolikul Alam serta memesongkan akidah kita mengatakan sarana ini yang membantu bukan Allah SWT. Apa ada pada Kismis dan Coklat Minda katanya, sedangkan "Allah humaf tah Alai na hik matakawan sur Alaina min haza hini rah mati kaya har hama ro himin" boleh di baca pada setiap sesi permualaan klass atau setiap kali membaca Al Qur'an serta setiap hari, tidak yakin kah ayat minta cerdik dan dapatkan hikmah Allah SWT ini. Kismis dan Coklat ini memang telah sedia ada hikmah nya jika di makan mengikut sukatan kerana kedua nya sememangnya peransang Minda tanpa perlu di doa pun, ini lah salah satu kuasa Allah SWT menjadikan sesuatu perkara atau benda memang mempunyai hikmat tertentu. Mengapa di permainkan serta memperolokkan semata mata untuk keuntungan peribadi dan serba sedikit telah memesongkan akidah kita kerana percaya benda dari kuasa Allah SWT itu sendiri, bukan kah ini Bermurafakah nama nya.
Mengapa mesti membelakangkan Allah SWT, percaya pada benda yang dibaca dengan ayat suci kata nya, air yang di baca zikir dan ayat ayat sifa kata nya, wafak, tangkal dan lain lain selain dari kuasa Allah SWT itu sendiri. Insan atau Orang itu belum tentu makbul doa nya dan amalannya sendiri belum tentu di terima oleh Allah SWT, mereka cuma percaya pada perbuatan itu, hanya percaya pada ayat ayat itu kerana terbaca atau di beritahu mengenai kehebatan ayat tersebut, tetapi kita kena tahu juga bahawa semua ayat suci ada malaikat penjaga nya, di sini lah Iblis akan memain kan peranan dengan sebebas nya kerana kita telah membelakangkan kuasa Mutlak yakni kuasa kepunyaan Allah SWT sebenar nya.

Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memerintah Para Malaikat penjaga ayat atau zikir ini bertugas, Ustaz, Tok Guru atau sesiapa sahaja yang bukan pemegang Wasitah Allah SWT (Hanya Para Rasul dan Nabi, Syuhadah, Solihin, Para Ambia, para wali wali serta Para Wali Qutub dan ketua para Malaikat sahaja yang mendapat Wasitah ini). Selain dari itu sesiapa pun tak layak memerintah Para malaikat penjaga ayat ayat itu menjalankan tugasan mereka, jadi macamana Artis, Motivator, Haji, bekas Atlit, pendakwah, Tok Guru atau Ustaz boleh?, musykil juga. 
Maka kuasa Iblis pula akan berada di situ (Pada Ayat ayat itu) kerana ini lah peluang besar para iblis ini masuk kan jarum kesesatan. Allah SWT tidak melarang Iblis dan Syaitan memasukkan jarum kesesatan mereka sebab telah di benarkan sewaktu permintaan para iblis dan syaitan untuk menyesatkan anak Adam sebelum kiamat, semasa mereka di laknat. Kebenaran menyesatkan anak Adam yang ingkar dan membelakagkan Allah SWT sahaja akan masuk kejerat para iblis dan syaitan ini. Jangan Salahkan Iblis atau Syaitan itu pula kerana perbuatan mereka juga amanah dari Allah SWT, salahkan diri sendiri kerana Buta, Tuli dan Bodoh tak mahu mengkaji dan mempelajari hingga ke puncak ilmu Allah SWT sebab Sombong. Takbur, Riak dan Bongkak dengan keindahan dan alunan kemewahan dunia sahaja serta juga yang paling Utama suka mempunyai sesuatu yang sebenar nya bukan Haq milik kita. Kan semua nya hak milik Allah SWT. Jika Isteri anda hak milik anda mengapa Allah SWT mengambil nya kembali ke Ramatullaah begitu juga anak anda, mengapa di beri pada Suami nya dan kemewahan serta harta benda milik anda mengapa sewaktu kembali ke Rahmatullaah anda tak bawa sekali......semak semak lah bersama.

Benar dan Sah mereka pergunakan nama Allah SWT, menggunakan kalimah Allah SWT atau Asma al Husna nya tapi kita kena tahu dan peka bahawa iblis juga menggunakan bahasa yang sama, (lagi pun bahasa mereka juga), memesongkan pandangan kita dengan peralatkan kalimah kalimah serta ayat ayat Al Qur'an Al Qarim. kerana kita buta, tuli dan bodoh sebenar nya. Adakah kita kenal siapa dia Allah SWT sebenar nya atau cuma setakat percaya dan yakin ujud nya Allah SWT sahaja, cuma kita yakin adanya Allah SWT itu tetapi tak pernah mahu kenal pasti siapa kah Allah SWT itu sebenar nya kerana jika kita tahu siapa dia Zat Wajibal Ujud, Kholikul Alam ini, sudah pasti dunia ini aman dan tenteram tiada perang, pergaduhan dan lain lain yang memusnah kan. Oleh sebab percaya sahaja  dan tidak mengenali, maka iblis pun kehadapan dan memesongkan pandangan kita mengatakan dialah (Iblis) punyai kuasa tersebut. maka terjadilah Tuhan itu sebenar nya satu tetapi ketuhanan itu jadi banyak.
 Bagaimana kita tahu bahawa doa serta permintaan kita sudah sampai kehadrat Allah SWT dan cara bagaimana kita meminta, kerana minta dan mohon adalah dua kalimah yang sangat berbeza, kebanyakan kita hanya berdoa yaitu memohon,  masih mengharapkan yang tak pasti tetapi Allah SWT menyuruh kita minta pada nya - pasti dapat, dua persoalan yang berbeza antara minta dan memohon...maka semak semak lah kerana betul kata kita, masih belum pasti betul kata Allah SWT. Zat Wajibal Ujud, Kholiqul Alam memberi dua kelebihan pada Mahluk nya yang bernama Manusia (Insan) berbeza dari Mahluk selain nya yang dia cipta, kelebihan itu adalah Akal dan Fikiran atau nama sekarang di panggil Minda. Mengapa kita tak gunakan nya. Pernah seorang Guru berkata : " Allah SWT itu suka pada orang yang cerdik dan pintar " (Menggunakan Akal dan Fikiran yang diberi).
     
Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Aku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperolokkan pada (pandangan) mereka pada apa yang mereka telah lakukan.

Merata rata para Ustaz, pendakwah serta para Ulama berkata serta menyatakan bahawa Doa pada Allah SWT adalah senjata pada orang Mukmin tetapi masih percaya pada benda benda dan serana serta pada pendamping pendamping. Adakah anda tidak Haq Qul Yaqin pada firman nya yang bermaksud, "Minta pada ku, akan ku perkenankan pintaan mu" - Surah Al-Mukmin ayat 60......

   Seperkara lagi.....Jika Allah SWT memberi anda dua pilihan.:
Pilihan A) - Jika kamu buat salah, kamu akan mendapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu dapat Pahala.

atau

Pilihan B) - Jika kamu buat salah, kamu tak dapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu tak dapat Pahala.
yang mana satu pilihan anda, A atau   B...cuba semak-semak kan.

"Ambil lah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat / Amal Jariah) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari yang buruk".- Surah At-Taubah, ayat 103